11 Disember 2015 - 00:58
Warga tua dibunuh kejam pengganas ISIS (+18)

Warga tua dibunuh pengganas ISIS atas tuduhan bekerjasama dengan tentera Mesir.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Seorang warga tua ditembak mati sehingga sebahagian kepalanya hancur berkecai dalam satu lagi kekejaman pengganas ISIS (Negara Islam Iraq dan Syria).

Berasaskan laporan ini, warga tua bernama Hamdan Awwad Subh yang merupakan ketua kabilah al-Ramilat dibunuh atas tuduhan bekerjasama dengan tentera Mesir.

Hamdan dibunuh kelmarin di Wilayah Sinai, Mesir di mana sebilangan dari anggota kabilah ini bekerjasama dengan tentera kerajaan untuk memerangi pengganas ISIS.

Sejak akhir-akhir ini, pengganas ISIS bertindak melancarkan serangan ganas ke atas orang awam dan tentera di Mesir. Pembunuhan ini dilihat sebagai salah satu cara untuk mewujudkan ketakutan di kalangan orang awam terhadap ISIS selain cuba menjatuhkan imej Islam.

...............